GRADUATION DAY

Alhamdulillah, Dayana telah berjaya menamatkan pengajian beliau dalam Diploma Pengurusan Pelancongan selama 3 tahun di UiTM Samarahan, Sarawak.  Pada 4 May 2017, kami telah menghadiri majlis konvokesyen beliau di Dewan Jubli, UiTM Samarahan.

Majlis konvokesyen sememangnya begitu istimewa bukan sahaja buat mereka yang telah menamatkan pengajian, malah ibubapa turut berkongsi rasa gembira di atas kejayaan anak-anak mereka.  Ibubapa boleh menarik nafas lega kerana salah satu tanggungjawab mereka telah tercapai.

Bagi saya majlis konvokesyen Dayana memang istimewa kerana inilah kali pertama saya sebagai mama menghadiri majlis tersebut.  Walaupun anak sulong, Danial juga telah tamat pengajian beliau dalam Diploma Kejuruteraan Mekanikal tetapi beliau tidak mahu menghadiri majlis konvo dengan alasan banyak kos yang perlu ditanggung kerana majlis konvo beliau diadakan di Pulau Pinang.  Kami menghormati permintaan Danial…..

Tahniah Dayana! Ini cumalah satu titik permulaan untuk menghadapi lebih banyak cabaran hidup….

36
We are proud parents

Saya amat berbangga dengan keempat-empat orang anak kami.  Mereka sungguh supportive terhadap satu sama lain sehingga sanggup poteng kelas (hehehehe) untuk menghadiri majlis konvo adik/kakak mereka.  Semoga ukhwah, kasih sayang serta sokongan diantara mereka terus kukuh samada dalam keadaan senang atau susah.  Saya doakan semoga mereka terus bersatu dalam apa jua situasi….in sha Allah….

1
Mutiara hati…

Kepada Dayana….masih banyak yang perlu dipelajari….never stop learning…. Semoga terus berjaya dalam apa jua bidang…menjadi insan yang berguna kepada bangsa, agama dan negara.

5

Strive and never give up!

8

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s