Pulau Bali adalah sebuah pulau yang sinonim dengan keindahan alam semula jadi, kepelbagaian budaya dan adat resam serta kesenian yang unik. Kami memilih Bali kerana ingin nak explore Pulau tersebut serta melihat sendiri keunikannya.

Percutian kali ini bermula pada 17-21 Mac 2017 dan seperti biasa perancangan yang teliti dibuat untuk memastikan semua tempat yang ingin dilawati tercapai. Anak-anak memberi cadangan aktiviti masing-masing. Ada yang ingin melihat tarian kecak, ada yang ingin melihat keindahan sunset, ada yang ingin ke musuem dan of course, ada yang nak pergi shopping.

Apabila membuat research, rata-rata mencadangkan agar menggunakan khidmat driver kerana tempat-tempat pelancongan yang menarik di Bali agak jauh dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Lagipun kalau tidak biasa dengan jalan serta sistem pengangkutan di Bali, kita mungkin akan membazir masa, wang & tenaga mencari tempat-tempat tersebut.

Maka bermulalah research untuk mencari khidmat driver di Bali. Saya suka membaca blog pelancong-pelancong dari Malaysia kerana selalunya apa yang mereka cadangkan benar dan tepat. Apa yang menarik, kebanyakan blog yang saya baca akan mencadangkan khidmat Pak Yanto. So, saya mulakan langkah pertama dengan menghubungi Pak Yanto melalui emel. Fulamak, responnya begitu cepat sekali! Ini sudah bagus sebab Pak Yanto memang peka IT dan sangat responsif.

Jadi, kepada sesiapa yang memerlukan khidmat driver cum tour guide cum event management, bolehlah menghubungi Pak Yanto. Pak Yanto mempunyai ramai driver dan keluarga kami telah di’assign’ driver yang bernama Rahul. Rahul seorang yang peramah, sabar (sanggup tunggu kami shopping hingga 2 jam), informative serta sangat jujur. Beliau banyak membantu kami khususnya untuk mendapat tiket murah bila masuk ke sesuatu tempat dengan menggunakan harga warga tempatan. Rahul juga seorang muslim, maka tidak ada masalah untuk mencari tempat makan halal dan surau atau masjid untuk solat. Memang senanglah nak berurusan dengan Pak Yanto dan Rahul. Saya memang rekomen 100% untuk menggunakan khidmat Pak Yanto dan maklumat detail beliau adalah seperti berikut:

Sila pastikan anda menghubungi Pak Yanto yang betul kerana ramai Yanto tiruan di sana…hehehehe….Pak Yanto akan mencadangkan itinerari di Bali tetapi kita tidaklah wajib untuk mengikutinya seratus peratus. Sekiranya kita ada tempat lain yang ingin dilawati tetapi tidak disenaraikan di dalam itinerari Pak Yanto, mereka flexible untuk membuat adjustment asalkan tempat-tempat yang hendak dilawati itu tidak out-of-the-way. Sekiranya kita telah book Pak Yanto, satu hari sebelum tiba di Bali, Pak Yanto akan menghubungi kita untuk confirm flight dan masa ketibaan.

20170321_165227_wm-1