Setelah makan tengahari, kita ngopi pulak.  Di Bali terkenal dengan kopi luwak dan ada ladang yang dibuka khas untuk pelancong melihat sendiri benih kopi serta proses pembuatan kopi.  Kopi luwak adalah kopi yang paling mahal di dunia sehingga masuk di dalam Guiness Book of Record dan dianggap sebagai minuman premium.

Semasa lawatan, pekerja di sana memaklumkan bahawa kopi luwak dihasilkan apabila musang yang memakan biji kopi dan kemudiannya mengeluarkan benih tersebut sebagai kotoran. Di dalam perut musang/luwak telah berlaku proses fermentasi dan apabila biji kopi itu keluar bersama kotoran luwak, ianya kemudian dibersihkan dan diproses sebagai kopi.  Itulah yang membuat kopi luwak termahal di dunia!

Kita akan diberi FREE sampel minum kopi pelbagai rasa kecuali kopi luwak yang akan dikenakan bayaran jika kita hendak minum.  Antara perisa kopi yang diberikan sebagai sampel ialah kopi kelapa, kopi serai, kopi halia, rosella dan bermacam-macam lagi.  Antara banyak-banyak sampel tersebut, kami semua suka kopi kelapa.  Yummy!

20170318_144912_wm

20170318_145353_wm

IMG-20170323-WA0065_wm

20170323_061850_wm

Disitu ada kedai menjual kopi dalam pelbagai saiz.  Kami telah membeli beberapa paket sebagai souvenir.

Satu pengalaman yang sungguh menarik kepada kami sekeluarga.