Raja Pemecutan Denpasar mempunyai seorang puteri yang cantik bernama Gusti Ayu Made Rai.  Semasa remaja Puteri tersebut telah terkena penyakit kuning (liver) untuk beberapa tahun.  Pelbagai usaha telah dilakukan untuk menyembuhkan Puteri tersebut tetapi tidak juga sembuh.

Maka Raja pun bertitah, barangsiapa yang dapat menyembuhkan Puterinya, jika dia sorang perempuan, dia akan dijadikan anak angkat.  Dan sekiranya dia seorang lelaki, maka dia akan dijodohkan dengan Puteri tersebut.

Dipendekkan cerita, Pangeran Cakraningkrat IV telah dapat menyembuh Puteri dan seperti yang dijanjikan, mereka telah dikahwinkan.   Pengeran & Puteri berkahwin bukan sahaja kerana janji Raja tetapi mereka telah jatuh cinta sejak pertama kali bertentang mata. Setelah kahwin Pangeran membawa isterinya balik ke Madura & di situ mereka dikahwinkan secara Islam dan Puteri pun memeluk Islam dan diberi nama Raden Ayu Siti Khodijah atau Raden Ayu Pemecutan.

Semenjak memeluk Islam Raden Ayu sangat taat mengerjakan perintah Allah dan tidak pernah meninggalkan solat 5 waktu. Setelah beberapa tahun berjauhan dari keluarga, Raden Ayu memohon izin dari suaminya untuk berjumpa dengan ayahanda & bonda di kampung.  Semasa di Istana ayahanda, semasa mengerjakan solat maghrib, pekerja di istana telah nampak dan mencurigai cara Raden Ayu sembahyang sebab tidak sama dengan kebiasaan mereka.  Pekerja istana itu pun memaklumkan baginda Raja.

Apabila baginda Raja tahu, baginda sangat murka dan memerintahkan agar Raden Ayu dibunuh.  Raden Ayu merayu sekiranya dia dibunuh, cucuklah dada sebelah kirinya menggunakan cucuk rambut yang telah dibekalkan oleh suaminya.

Sekiranya setelah dibunuh, keluar bau busuk, maka tanamlah jasadnya sembarangan tetapi sekiranya keluar bau harum, hendaklah beliau dikebumikan di tempat yang suci atau keramat. Nyata sekali selepas dibunuh keluar bau harum. Raja sangat menyesal dengan tindakannya.

Apabila jasad Raden Ayu Siti Khotijah dikebumikan, tumbuhlah sebatang pohon setinggi 50 sentimeter di tengah makam beliau. Walaupun sudah dicabut sampai tiga kali, pohon itu tumbuh lagi.

Raden Ayu Siti Khotijah berpesan agar pohon yang tumbuh di tengah makam dipelihara dengan baik karena pohon ini tumbuh dari rambut beliau. Mengikut cerita juga, sesiapa yang mengambil pohon tersebut semasa berziarah, akan diberikan rezeki.  Wallahu’alam

20170319_113805_wm

20170319_114218_wm

20170319_114235_wm

Semasa melawat makam Raden Ayu, kami berpeluang berjumpa dengan cicit Raden (3rd generation) yang menjaga dan memelihara makam tersebut.  Beliau telah memberi penerangan mengenai cerita rambut Raden Ayu yang tumbuh sehingga keluar dari bumbung makam.

20170319_114343_wm

Advertisements