Idea untuk mengembara di Tokyo dicetuskan oleh anak sulung saya, Danial apabila beliau mendapati points Enrich saya mencukupi untuk ke sana.  Tiket telah di’redeem’ 10 bulan lebih awal daripada tarikh pengembaraan memandangkan points tersebut akan ‘hangus’ jika tidak digunakan.  Dalam erti kata lain, tiket penerbangan ke Tokyo adalah hasil  points Enrich yang telah terkumpul lebih 64,000 dan points tersebut telah di’redeem’ dan ditambah dengan bayaran tambahan berjumlah RM650.00.

Percutian kami di Tokyo bermula pada 24-28/12/2016 (musim winter) dan di sini saya ingin kongsikan sedikit tips jika hendak bercuti ke Jepun.

1.  Itinerari

Yang paling penting ialah itinerari kita di sana.  Apa kita nak buat?  Tempat mana nak dilawat?  Semua ini perlu dirancang dengan baik agar perjalanan kita boleh diatur dengan organise dan lebih kos efektif.  Tokyo adalah sebuah bandaraya yang sangat besar dan banyak tempat menarik.  Kami cuma ada 4 hari untuk explore Tokyo dan itinerari diatur sebaik mungkin agar kami dapat cover sebanyak mungkin tempat-tempat yang menarik.

Oleh yang demikian, saya telah aturkan itinerari kami seperti berikut:

  • Hari pertama: Melawat Central Tokyo memandangkan train kami akan berhenti di Tokyo Station.  Antara tempat-tempat yang boleh dilawati ialah kawasan sekitar Tokyo Station seperti Marunouchi which is one of Japan’s most prestigious business districts dan Imperial Palace.
  • Hari kedua: Modern Tokyo/West Side (Harajuku, Shibuya & Shinjuku)
  • Hari ketiga: Outside Tokyo (Mount Fuji) & Roppongi
  • Hari keempat: Traditional Tokyo/East Side (Ueno & Asakusa)

Contoh itinerari kami adalah seperti berikut:

itineraryitinerary2

2.  Pengangkutan

Part ini agak pening sikit sebab tak faham dengan sistem pengangkutan di Tokyo. Setelah membaca serta membuat research, website JR East Japan Railway Company banyak membantu sebab ianya mudah difahami, contohnya tambang dan pass keretapi, peta serta tunjuk arah yang user-friendly malah ianya juga ada memberi cadangan itinerari jika melawat Jepun.

Contohnya Tokyo Transport Map seperti dibawah memang banyak membantu:

tokyo-transport-map

Sekali pandang memang pening tapi sebenarnya tidaklah susah sangat.  Alright, ini yang telah kami lakukan untuk bergerak dari satu destinasi ke satu destinasi yang lain:

  • Dari Narita airport, kami gunakan Narita Express (lebih kurang macam KLIA express) untuk ke Tokyo Station.  Ini adalah non-stop train dan perjalanan dari Narita ke Tokyo Station lebih kurang 1 jam.  Saya beli return tiket yang berjumlah¥4000 seorang.
  • Beli tiket suica untuk bergerak sekitar Tokyo.  Ianya seperti touch-n-go kad.  Sungguh convenient sebab tidak perlu membeli tiket di setiap station.  Kita cuma perlu scan kad tersebut & kita boleh guna kad ini di kebanyakkan destinasi seperti peta di atas. Untuk maklumat lanjut mengenai suica kad, silalah ke klik website Kad Suica. Untuk reload yang pertama (depend how much you want to reload) ¥500 akan di’hold’ sebagai deposit.  Deposit ini boleh di’refund’ apabila kita mengembalikan kad suica dan wang tunai akan dikembalikan.
  • Sekiranya ingin melihat keindahan Mount Fuji adalah salah satu agenda anda, maka tiket ke Lake Kawaguchiko boleh dibeli di Stesen bas Shinjuku.  Stesen bas ini bertentangan dengan Stesen keretapi Shinjuku (south exit).  Adalah dinasihatkan untuk membeli tiket bas satu hari lebih awal untuk tidak dikecewakan kerana tiket cepat habis.

Tips paling penting apabila menggunakan train di Tokyo ialah mengetahui LINE destinasi dan EXIT apabila hendak keluar dari station tersebut.  Di Tokyo papan tanda mereka begitu efektif dan mudah untuk kita mengikuti arah tunjuk.  Anyway, sekiranya sesat sekalipun, bolehlah pergi ke kaunter ‘Information’ untuk bertanya.  Orang-orang Jepun sangat helpful dan sedia membantu!

3.  Penginapan

Kami membuat tempahan menggunakan khidmat Airbnb memandangkan ianya lebih murah berbanding dengan penginapan di hotel yang akan mengenakan caj seorang semalam. Di Airbnb, ianya seumpama homestay, kita menumpang kat rumah orang dan kosnya jauh lebih murah jika dibandingkan dengan kos penginapan di hotel atau hostel.

Of course pilihan adalah di tangan masing-masing…yang penting tempat penginapan tersebut mempunyai fasiliti seperti bilik air beserta water heater, tandas, microwave, aircond/heater dan yang paling penting private room just for us.  Kita memang pentingkan privacy so lebih selesa untuk tinggal di dalam bilik yang tidak share dengan orang luar.

Di Jepun, mereka amat mementingkan kebersihan so kita tidak perlu risau tentang kebersihan dan hygiene….memang terjamin bersih!

Penginapan kami telah ditempah 5 bulan sebelum tarikh bercuti dan resit pembayaran saya share kat sini:

airbnb

4. Internet

Apabila berada di tempat yang kita tidak familiar, maka  internet lah kawan yang paling penting. Kami telah menyewa mobile pocket wifi dari Sakura mobile dan ianya memang berbaloi. Sepanjang di Tokyo, kami gunakan google maps untuk mencari tempat makan halal serta guide kami untuk pergi ke destinasi-destinasi tertentu dengan berjalan kaki. So, we have to be connected all the time!

Kita akan collect pocket wifi ini di pos office (departure level) di Narita Airport Terminal 2. Kita cuma perlu tunjukkan passport dan pakej dari Sakura Mobile akan diserahkan kepada kita.  Di dalam pakej tersebut ada pocket wifi serta envelope yang telah lengkap dengan alamat Sakura Mobile.  Envelope ini akan digunakan untuk kita mengembalikan pocket wifi tersebut pada hari terakhir dan kita cuma perlu ‘drop-off’ ke mana-mana post box.  Senang kan….

wifi
Pocket wifi

Advertisements