Pulau Bali adalah sebuah pulau yang sinonim dengan keindahan alam semula jadi, kepelbagaian budaya dan adat resam serta kesenian yang unik.  Kami memilih Bali kerana ingin nak explore Pulau tersebut serta melihat sendiri keunikannya.

 

Percutian kali ini bermula pada 17-21 Mac 2017 dan seperti biasa perancangan yang teliti dibuat untuk memastikan semua tempat yang ingin dilawati tercapai.  Anak-anak memberi cadangan aktiviti masing-masing.  Ada yang ingin melihat tarian kecak, ada yang ingin melihat keindahan sunset, ada yang ingin ke musuem dan of course, ada yang nak pergi shopping.

Apabila membuat research, rata-rata mencadangkan agar menggunakan khidmat driver kerana tempat-tempat pelancongan yang menarik di Bali agak jauh dari satu tempat ke satu tempat yang lain.  Lagipun kalau tidak biasa dengan jalan serta sistem pengangkutan di Bali, kita mungkin akan membazir masa, wang & tenaga mencari tempat-tempat tersebut.

Maka bermulalah research untuk mencari khidmat driver di Bali.  Saya suka membaca blog pelancong-pelancong dari Malaysia kerana selalunya apa yang mereka cadangkan benar dan tepat. Apa yang menarik, kebanyakan blog yang saya baca akan mencadangkan khidmat Pak Yanto.  So, saya mulakan langkah pertama dengan menghubungi Pak Yanto melalui emel.  Fulamak, responnya begitu cepat sekali! Ini sudah bagus sebab Pak Yanto memang peka IT dan sangat responsif.

Jadi, kepada sesiapa yang memerlukan khidmat driver cum tour guide cum event management, bolehlah menghubungi Pak Yanto.  Pak Yanto mempunyai ramai driver dan keluarga kami telah di’assign’ driver yang bernama Rahul.  Rahul seorang yang peramah, sabar (sanggup tunggu kami shopping hingga 2 jam), informative serta sangat jujur.  Beliau banyak membantu kami khususnya untuk mendapat tiket murah bila masuk ke sesuatu tempat dengan menggunakan harga warga tempatan.  Rahul juga seorang muslim, maka tidak ada masalah untuk mencari tempat makan halal dan surau atau masjid untuk solat. Memang senanglah nak berurusan dengan Pak Yanto dan Rahul.  Saya memang rekomen 100% untuk menggunakan khidmat Pak Yanto dan maklumat detail beliau adalah seperti berikut:

Sila pastikan anda menghubungi Pak Yanto yang betul kerana ramai Yanto tiruan di sana…hehehehe….Pak Yanto akan mencadangkan itinerari di Bali tetapi kita tidaklah wajib untuk mengikutinya seratus peratus.  Sekiranya kita ada tempat lain yang ingin dilawati tetapi tidak disenaraikan di dalam itinerari Pak Yanto, mereka flexible untuk membuat adjustment asalkan tempat-tempat yang hendak dilawati itu tidak out-of-the-way.  Sekiranya kita telah book Pak Yanto, satu hari sebelum tiba di Bali, Pak Yanto akan menghubungi kita untuk confirm flight dan masa ketibaan.

 20170321_165227_wm

HARI KETIBAAN (17/3/2017)

Kami menaiki penerbangan AirAsia dari KLIA2 dan sampai di Ngurah Rai International Airport, Bali pada pukul 1.30 petang. Apabila di airport Ngurah Rai, sebelum kita keluar mengambil bagasi, kita perlu mengisi satu borang imigresen Indonesia.  Borang-borang tersebut boleh didapati sebelum pemeriksaan imigresen.  Satu keluarga cuma perlu mengisi satu borang sahaja.  Pastikan anda tahu alamat hotel kerana kita perlu mencatat alamat hotel dalam borang tersebut.

Kami begitu terpegun dengan airport Ngurah Rai kerana ianya begitu unik dengan ukiran-ukiran Bali.  Sungguh cantik!

Setelah settle mengambil beg, kami pun keluar untuk berjumpa Rahul.  Macamana nak kenal Rahul sebab tidak pernah berjumpa sebelum ini.  No worries…bila sahaja kita keluar dari balai ketibaan, ramai agent atau driver lain sedang menunggu sambil membawa signage nama customer mereka. Rasa seperti selebriti pulak….

20170317_141618.jpg
Rahul membawa signage nama saya

Hah, itupun Rahul membawa signage nama saya.  Tak susah pun nak cari….Rahul membawa kami ke tempat parking.  Sebelum masuk ke dalam kereta, sempat pulak posing ambil gambar kerana ukiran bangunan airport begitu unik dan cantik.

20170317_142025_wm

Dari airport kami terus ke hotel.  Rahul ada menanya sekiranya kami ingin singgah untuk makan tengahari dulu tetapi kami semua masih kenyang setelah makan nasi lemak Pak Nasser di dalam kapalterbang tadi. So, kami direct ke Sapta Petala Hotel.

Tempahan hotel boleh dibuat online melalui Booking.com dan harga yang kami dapat untuk hotel ini sangat berpatutan. Kami book 3 buah bilik untuk 4 malam dan jumlah yang dikenakan ialah lebih kurang RM640.  Kami memilih kawasan Kuta kerana ingin melihat happening di sekitarnya dan dari review yang saya baca, terdapat banyak gerai makan di sekitar kawasan hotel.  Tetapi yang paling penting, hotel ini menyediakan fasiliti asas seperti aircond, ada water heater, ada TV dan paling penting ada WIFI free! Sepanjang tinggal disana, kami tidak mempunyai apa-apa complain…semuanya memuaskan berpatutan dengan harga yang kita bayar.

Setelah check-in dan refresh diri sendiri, kami berjalan sekitar hotel. Jalan punya jalan, kami sampai di Pantai Kuta.  Kalau nak track back steps kami, memang jauh juga kami berjalan, lebih kurang 2 atau 3km.

Setelah penat berjalan disekitar pantai & kawasan Kuta, kami singgah di Kedai Ayam Betutu Pak Man yang terletak di hadapan hotel kami.  Menurut TripAdvisor, ayam betutu Pak Man adalah yang paling terkenal dan terbaik. Memang sedap! Yang penting sekali, kedainya halal.

HARI PERTAMA (18/3/2017)

Memandangkan itinerari kami hari ini agak padat, kami perlu heavy breakfast.  Rahul membawa kami ke kedai Maisyorah untuk sarapan pagi. Makanan di kedai Maisyorah sedap dan harga pun berpatutan.

wp-image-1468514572jpg.jpg

1. Ubud Tour

Ubud tour adalah melawat industri-industri yang terdapat dikawasan Ubud.  Kami cuma singgah untuk melihat cara membuat batik dan painting.  Yang lain kami minta Rahul untuk skip sebab kurang berminat dan tidak mahu membuang masa. Konsep di Ubud, satu kawasan satu industri.  Orang-orang Bali sungguh berbakat dan kreatif.

2. Sawah Padi Tengalalang

Sawah padi Tengalalang memang cantik kerana ianya seperti ditanam bertingkat-tingkat. Kalau padi belum dituai, permandangan sungguh cantik & indah. Untuk makluman, kita perlu bayar entrance fee untuk masuk ke kawasan ini.

3. Kintamani

Gunung berapi Batur adalah tempat yang sering dikunjungi oleh pelancong kerana panaromanya begitu cantik sekali. Di situ juga kita dapat melihat Tasik Batur.

Kami makan tengahari di Kintamani sambil menikmati keindahan Gunung & Tasik Batur.

4.  Kopi Luwak

Setelah makan tengahari, kita ngopi pulak.  Di Bali terkenal dengan kopi luwak dan ada ladang yang dibuka khas untuk pelancong melihat sendiri benih kopi serta proses pembuatan kopi.  Kita akan diberi FREE sampel minum kopi pelbagai rasa….kopi kelapa, kopi serai, kopi halia, rosella dan bermacam-macam lagi.  Antara banyak-banyak sampel tersebut, kami semua suka kopi kelapa.  Yummy!

Disitu ada kedai menjual kopi dalam pelbagai saiz.  Kami telah membeli beberapa paket sebagai souvenir.

5. Tirta Empul Temple

Disini penganut-penganut Hindu datang untuk menyuci dan membersihkan jiwa mereka dari elemen-elemen kotor dan negatif.  Mereka mandi dari air pancutan sebagai proses penyucian jiwa.  Sebelum masuk ke temple, pengunjung perlu memakai sarong sebagai tanda menghormati temple dan menutup aurat.

 20170318_153438_wm

HARI KEDUA (19/3/2017)

Selepas sarapan pagi di kedai Maisyorah, kami ke Agung Bali dulu sebab nak shopping.  Sampai sahaja di Agung Bali, semua anak membawa haluan masing-masing.  Kami berada di Agung Bali hampir 2 jam.  Barang-barang di Agung Bali murah & kualiti pun bagus.

20170319_094738_wm

Makam Raden Ayu Siti Khodijah

Raja Pemecutan Denpasar mempunyai seorang puteri yang cantik bernama Gusti Ayu Made Rai.  Semasa remaja Puteri tersebut telah terkena penyakit kuning (liver) untuk beberapa tahun.  Pelbagai usaha telah dilakukan untuk menyembuhkan Puteri tersebut tetapi tidak juga sembuh.

Maka Raja pun bertitah, barangsiapa yang dapat menyembuhkan Puterinya, jika dia sorang perempuan, dia akan dijadikan anak angkat.  Dan sekiranya dia seorang lelaki, maka dia akan dijodohkan dengan Puteri tersebut.

Dipendekkan cerita, Pangeran Cakraningkrat IV telah dapat menyembuh Puteri dan seperti yang dijanjikan, mereka telah dikahwinkan.   Pengeran & Puteri berkahwin bukan sahaja kerana janji Raja tetapi mereka telah jatuh cinta sejak pertama kali bertentang mata. Setelah kahwin Pangeran membawa isterinya balik ke Madura & di situ mereka dikahwinkan secara Islam dan Puteri pun memeluk Islam dan diberi nama Raden Ayu Siti Khodijah atau Raden Ayu Pemecutan.

Semenjak memeluk Islam Raden Ayu sangat taat mengerjakan perintah Allah dan tidak pernah meninggalkan solat 5 waktu. Setelah beberapa tahun berjauhan dari keluarga, Raden Ayu memohon izin dari suaminya untuk berjumpa dengan ayahanda & bonda di kampung.  Semasa di Istana ayahanda, semasa mengerjakan solat maghrib, pekerja di istana telah nampak dan mencurigai cara Raden Ayu sembahyang sebab tidak sama dengan kebiasaan mereka.  Pekerja istana itu pun memaklumkan baginda Raja.

Apabila baginda Raja tahu, baginda sangat murka dan memerintahkan agar Raden Ayu dibunuh.  Raden Ayu merayu sekiranya dia dibunuh, cucuklah dada sebelah kirinya menggunakan cucuk rambut yang telah dibekalkan oleh suaminya.

Sekiranya setelah dibunuh, keluar bau busuk, maka tanamlah jasadnya sembarangan tetapi sekiranya keluar bau harum, hendaklah beliau dikebumikan di tempat yang suci atau keramat. Nyata sekali selepas dibunuh keluar bau harum. Raja sangat menyesal dengan tindakannya.

Apabila jasad Raden Ayu Siti Khotijah dikebumikan, tumbuhlah sebatang pohon setinggi 50 sentimeter di tengah makam beliau. Walaupun sudah dicabut sampai tiga kali, pohon itu tumbuh lagi.

Raden Ayu Siti Khotijah berpesan agar pohon yang tumbuh di tengah makam dipelihara dengan baik karena pohon ini tumbuh dari rambut beliau. Mengikut cerita juga, sesiapa yang mengambil pohon tersebut semasa berziarah, akan diberikan rezeki.  Wallahu’alam

Semasa melawat makam Raden Ayu, kami berpeluang berjumpa dengan cicit Raden (3rd generation) yang menjaga dan memelihara makam tersebut.  Beliau telah memberi penerangan mengenai cerita rambut Raden Ayu yang tumbuh sehingga keluar dari bumbung makam.

20170319_114343_wm

Pantai di kawasan Nusa Dua

Hari ini adalah ‘beach day’ sebab anak-anak sudah tidak sabar nak mandi laut. Nusa Dua terletak di selatan Pulau Bali dan di sini terdapat resort atau hotel 5 bintang.  Tempat-tempat di Nusa Dua lebih exclusive dan boleh dianggap sebagai kawasan elite.

Kami singgah di pantai pertama, iaitu Pantai Pandawa.  Setiap pantai yang kita masuk akan dikenakan yuran masuk.

20170319_141757_wm

Uluwatu

Sebelum menyaksikan tarian kecak, kami melawat Uluwatu (yang bermaksud hujung batu) temple yang berdekatan.  Uluwatu temple terletak di hujung bukit batu karang, lebih kurang 70m dari aras laut dan mempunyai view yang sungguh cantik apabila matahari terbenam.

Kita perlu berhati-hati di kawasan ini kerana terdapat banyak monyet.  Sila pastikan cermin mata, handphone atau camera disimpan dengan baik sebab monyet ni nakal dan suka nak ambil barang-barang kita.

IMG-20170324-WA0006_wm

Tarian Kecak

Tarian kecak adalah aktiviti kemuncak kami untuk hari ini.  Tarian ini adalah tarian traditional Bali yang sangat unik dan menarik.  Ianya tidak menggunakan sebarang alat muzik cuma berlatarbelakangkan alunan suara penari (lebih kurang 70 orang) yang menyebut “cak, cak, cak….” Tarian tersebut menggambarkan tentang cerita Pewayangan, khususnya cerita Ramayana yang dipertunjukan dengan seni gerak dan tarian.

HARI KETIGA (20/3/2017)

Monumen Bajra Sandhi

Monumen Bajra Sandhi adalah monumen perjuangan rakyat Bali yang terletak di Denpasar, Bali.  Ianya bagi memperingati pejuang-pejuang Bali yang telah terkorban dalam mempertahankan negara Indonesia.

Musuem Perjuangan Rakyat Bali

Musuem ini mempaparkan sejarah Bali dari zaman purba sehinggalah Indonesia mencapai kemerdekaannya.  Setiap era sejarah diilustrasikan dengan model 3D yang sungguh menarik dan mudah difahami.

I AM BALI (Interactive Muzium)

Makan Tengahari di Wong Solo

Sebelum meneruskan perjalanan ke Tanah Lot, kami rehat & makan tengahari di Wong Solo yang terkenal dengan ayam penyet dan ayam bakar.

Tanah Lot

Tanah Lot adalah antara tempat perlancongan yang wajib kita pergi semasa di Bali. Pura (temple) Tanah Lot merupakan pura laut tempat pemujaan dewa-dewa penjaga laut. Ianya juga terkenal sebagai tempat yang indah untuk melihat matahari terbenam.

Makam Wali Pitu

Di Bali terdapat 7 makam wali yang dianggap keramat dan ianya disebut dalam bahasa Bali, Wali Pitu atau Wali Tujuh, yang menjadi tempat tarikan pelancong. Kami berkesempatan melawat makam salah seorg wali tersebut iaitu, Ratu Mas Sakti Seseh. Sayangnya kami tidak dpt masuk kerana masa melawat telah tamat.

Bye Bali

Alhamdulillah, satu percutian yang begitu menarik dan menggembirakan.  Banyak tempat yang dapat kami lawati dan pelajari. Semoga dimurahkan rezeki, dapat kami sekeluarga bercuti lagi. Bye Bali….

Mom & son adventure @ Tokyo 2016

Percutian di Kundasang, Kota Kinabalu, Sabah