Kami telah membuat perancangan yang mengejut & singkat untuk bercuti di Sabah sempena cuti umum (Good Friday) dan disambung terus dengan cuti hujung minggu. Percutian kali ini disertai oleh adik-adik iaitu Haironey & Rohaida. Rohaida & keluarga berangkat dari Miri melalui jalan darat dengan memandu kenderaan mereka sendiri.  Encik suami saya tidak dapat mengikuti percutian kali ini memandangkan beliau berada di KL mengikuti kursus.  Lain kali kita pergi cuti berdua ya……

Perancangan sebelum bercuti

    1. Tempah tiket penerbangan dari Kuching ke Kota Kinabalu.  Nasib memang menyebelahi kami apabila AirAsia menawarkan tambang murah dari Kuching ke Kota Kinabalu.  Kami cuma perlu membayar RM150 seorang untuk tambang pergi & balik.
    2. Tempat penginapan di KK & Kundasang.  Kami mementingkan keselesaan dan semestinya kos yang murah.  Tempahan penginapan di Kota Kinabalu dibuat melalui Agoda di 1Borneo Service Apartment.  Harga RM260 semalam dan boleh memuatkan 6 orang untuk satu apartment.  Ada kemudahan memasak, mesin basuh, water heater untuk shower, bilik tidur berhawa dingin, ada wifi, astro dan security memang terbaik!  Memang berbaloi!!
    3. Jadual di KK dan Kundasang.  Inilah perkara yang paling penting untuk mana-mana percutian.  Fail to plan is planning to fail…gitu lah perumpaannya…..Kita telah merangka jadual yang padat tapi selesa untuk semua memandangkan kami ada 2 orang kanak-kanak yang mengikuti.
    4. Kereta sewa.  Setelah kita tahu apa yang kita nak lakukan di KK & Kundasang, maka agenda seterusnya adalah menyewa kereta.  Banyak khidmat online yang boleh digunakan.  Kami menggunak khidmat AirAsia untuk menyewa kereta Avanza selama 3 hari.  Harga yang ditawarkan ialah RM430 untuk 3 hari.

Hari pertama di Kota Kinabalu (24/03/2016)

Kami mengambil penerbangan yang paling awal dari Kuching iaitu pukul 6.00 pagi kerana kami nak memaksimakan masa yang ada dengan sebaiknya.

Alhamdulillah cuaca pagi itu amat baik dan penerbangan kami berjalan dengan lancar.

Sebaik saja sampai di KK jam 730pagi, kami pergi ke McD untuk bersarapan.  Khidmat kereta sewa memang excellent sebab mereka sudah mengetahui jadual penerbangan kami, walaupun temu janji adalah pukul 9.00pagi untuk mengambil kereta tetapi wakil mereka telah berada di lapangan terbang jam 8.30pagi.  Tidak susah untuk memandu di KK jika menggunakan waze.  So, kena download apps tersebut supaya mudah untuk sampai di mana-mana destinasi.

22
Kereta sewa kami

Ke Pulau Manukan

Aktiviti pertama kami ialah ke Pulau Manukan.  Kita perlu ke Jesselton point untuk membeli tiket bot dan akan bertolak dari situ juga untuk pergi ke pulau. Ada banyak kaunter untuk membeli tiket. Pandai-pandailah menawar.  Dari harga RM23 seorang, kami dapat membeli tiket RM15 seorang untuk dewasa.  Ini tidak termasuk fee (saya pun dah lupa fee apa) & sewa life jacket untuk anak-anak berenang di pulau.  Dinasihatkan untuk menyewa life jacket di jeti kerana harga lebih murah.  Kami dapat harga RM5 untuk satu life jacket.  Perjalanan dari Jesselton Point ke Pulau Manukan memakan masa 10 minit sahaja.

Jesselton Point Kota Kinabalu

20160327023732

Dalam bot ke Pulau Manukan

10481072_10208621703327412_3600795508083358951_o12322905_10208623738138281_4016758098779185770_o

Aktiviti di Pulau Manukan

Check-in  1Borneo Service Apartment

Walaupun masa check-in yang dibenarkan adalah pukul 2.00 petang tetapi mereka telah membenarkan kami untuk check-in setengah jam lebih awal.  Setelah check-in, kami berehat sebentar sebelum meneruskan aktiviti seterusnya.

11667320_10208614389104561_5505022282995635080_n
12107043_10208614387744527_7949239198139715973_n12108102_10208614387264515_5203066279399029438_n

Pasar Philippines & Pasar Malam Sinsuran

Memang tidak sah jika tidak singgah ke pasar Philippines kat KK untuk membeli cenderahati, kuih cincin, ikan bilis & bermacam lagi buah tangan untuk di bawa balik.

Pantai Tanjung Aru

Pantai ini memang terkenal di KK.  Kami singgah untuk melihat sunset….sungguh cantik..subhanallah….

29

980081_10204220744317585_1046016674502318665_o

Makan Malam di Todak Waterfront

Disini terdapat banyak seafood seperti udang, ketam, sotong, ikan bakar dengan harga yang amat berpatutan.  Bon appetit!!

12795260_10204210631584773_1389968380462789412_n

Hari Kedua – Ke Kundasang (25/03/2016)

Perjalanan ke Kundasang memakan masa lebih kurang 1jam setengah tetapi kami mengambil masa yang lebih panjang sebab singgah di Rumah Terbalik, Jambatan Gantung Tamparuli, pasar Tamparuli, pekan Nabalu & Taman Kinabalu.  Semua tempat ini akan dilalui sebelum sampai ke Kundasang.

Rumah Terbalik

12671883_10208623737698270_2280792502691755125_o

Jambatan Gantung & Pekan Tamparuli

Jambatan gantung Tamparuli adalah salah satu ‘landmark’ di KK.  Permandangan dari atas jambatan begitu cantik.  Angin bertiup kuat dan jambatan akan bergoyang.  Anak-anak berteriak keseronokan bercampur ketakutan…hehehe….

24

Pekan Nabalu

Sebelum sampai ke pekan Kundasang, kita berhenti di pekan Nabalu, sebuah kawasan Gunung Kinabalu, di banjaran Crocker.  Disini terdapat banyak gerai yang berjual sayur-sayuran, cenderahati dan bermacam lagi.  Kami singgah untuk berehat dan makan tengahari.  Suasana sungguh dingin & segar.

Terdapat satu spot untuk bergambar…panoramanya sungguh menakjubkan.  Kabus agak tebal…Gunung Kinabalu tidak menampakkan wajahnya….

20160327022717

Kinabalu National Park, Kundasang

Green Villa Kampungstay Kundasang

Di Kundasang kami menyewa sebuah rumah yang mempunyai 4 buah bilik bagi menempatkan 3 keluarga yang akan menginap di sana.  Konsep kami adalah keselesaan pada harga yang berpatutan.  Homestay ini memang berbaloi dengan harga RM400 semalam.  Of cos, kita share kos penginapan, maka harganya akan lebih murah jika dibahagi 3.

Di Kundasang cuaca sangat dingin dan nyaman.  Di malam hari amat sejuk sekali dan apabila membasuh tangan di air paip, sejuknya seperti air dari freezer…sejukkkkkk.  Di setiap bilik cuma disediakan kipas angin sahaja dan itupun sudah cukup kerana kesejukannya umpama tidur dalam aircond.

Kami sengaja bermalam di Kundasang untuk menikmati suasana kampung yang tenang dan suasana yang dingin & segar.

Desa Diary Farm, Kundasang

Ini adalah tempat yang paling menarik di Kundasang.  Perjalanan untuk naik ke Desa Diary Farm amat mencabar kerana jalan berbukit bukau dan agak curam.  Dinasihatkan sekiranya anda ingin menyewa kereta untuk pergi ke tempat ini, sewalah kereta 4WD sebab keadaan jalan yang sungguh mencabar.  Kereta Avanza pun kira OK dan inilah pertama kali saya memandu di tempat yang curam & berbukit bukau.  Scaryyyy…..

Anyway, suasana di sini sungguh sejuk dan permadangan begitu cantik….umpama di luar negara.

Yuran masuk yang dikenakan ialah RM5 dewasa & RM4 budak-budak.  Disitu anak-anak seronok menyusukan anak-anak lembu, makan ais krim serta minum susu segar. Suasana dan permandangan sungguh cantik.  Adalah satu kerugian kalau tidak singgah tempat ini!

64

2016032702265012898207_10208621689927077_4704311053794469528_o12916071_10208621690807099_9082042617944712612_o

Kundasang War Memorial

Hari Ketiga – to KK and off to Kuching

Sebelum berangkat ke KK, kami bersiar-siar sekitar pekan Kundasang untuk menikmati suasana kampung dan permandangan panorama yang indah.

10455367_10204229141807517_2593609053781907013_n

Wajah Gunung Kinabalu

Sepanjang perjalanan ke Kundasang semalam, Gunung Kinabalu ditutupi oleh awan & kabus.  Agak kecewa sebab tidak dapat mengambil gambar gunung yang gagah tersebut.  Bagaikan memahami kekecewaan kami, Gunung Kinabalu menampakkan wajahnya untuk beberapa minit bila kami dalam perjalanan balik ke KK.  Kami berhenti di bahu jalan untuk mengambil gambar gunung Kinabalu yang gagah perkasa.

Terima kasih Kinabalu!  Kami pasti datang lagi….

353332

Selamat Tinggal Sabah….

Alhamdulillah….percutian padat selama 3 hari 2 malam di Sabah amat berbaloi.  Lebih-lebih lagi ini kali pertama kami 3 beradik (saya, Haironey & Rohaida) bersama-sama anak-anak dapat bercuti bersama.  Semoga dimurahkan rezeki, kami dapat merancang untuk pergi bercuti bersama sekali lagi.

41

16

4345

Percutian Famili di Pulau Bali 2017

Mom & son adventure @ Tokyo 2016

Advertisements